Ketika US dolar masih memaparkan prestasi suram dari awal minggu, mata wang Pound gagal memanfaatkan situasi apabila kenaikan nilai dilihat terhad.
Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam menunjukkan kemerosotan bagi bulan Mei, sekaligus menambahkan tekanan kepada pergerakan US dolar.
Namun, Pound gagal meningkat kukuh berikutan pelabur sedang berwaspada menjelang data inflasi UK yang akan diterbitkan hari ini sebelum tumpuan akan terarah kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD juga dilihat terhad dalam julat yang perlahan pada Selasa semalam.
Harga berlegar di sekitar zon 1.27000 yang menjadi tumpuan beberapa minggu sebelum ini.
Pada penghujung minggu lalu, harga telah jatuh mencecah sekitar 1.26600 namun di awal minggu ini, harga sedikit pulih ke sekitar 1.27000.
Pergerakan harga kembali berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu yang memberi petunjuk awal untuk kenaikan harga boleh berlaku semula.
Kenaikan harga jika diteruskan dijangkakan akan kembali menuju zon tumpuan 1.28000 yang telah diuji pada minggu-minggu sebelum ini.
Sebaliknya jika harga menjunam jatuh di bawah zon 1.27000, pelabur perlu bersedia dengan penurunan lebih rendah buat harga.
Dengan kesan data dan mesyuarat terbaru, harga boleh menjunam sehingga ke paras sekitar 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG