Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih memaparkan corak kenaikan harga pada Isnin semalam, namun gagal melepasi paras yang dicapai ketika lonjakan pada penghujung minggu lalu.
Jumaat lalu menyaksikan harga melonjak hingga ketinggian 1.27700 sebelum berundur semula ke zon 1.27000.
Memulakan dagangan di awal minggu ini pula, harga perlahan berlegar di sekitar 1.27000 di sesi Asia dan Eropah dan dilihat harga cuba untuk ditekan di bawah paras tersebut.
Namun, penyusutan berlaku ke atas US dolar mendorong kenaikan semula harga pada dagangan sesi berikutnya.
Harga kembali melantun di atas paras 1.27000 semula di sesi New York selepas turut menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam carta GBP/USD tersebut.
Kenaikan harga mencapai paras sekitar 1.27650 sedikit sahaja lagi untuk menyamai paras pada dagangan Jumaat lalu.
Harga kemudiannya perlahan di sekitar ketinggian itu sehingga bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini (Selasa).
Corak kenaikan yang masih dipaparkan di atas garisan sokongan MA50 boleh mendorong jangkaan untuk harga ke paras lebih tinggi selepas ini dengan sasaran adalah pada zon 1.28000.
Zon tersebut menjadi tumpuan dan diuji pada dagangan penghujung Disember lalu dan pastinya reaksi harga pada sekitar tersebut akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan harga selanjutnya.
Pergerakan bullish yang lebih jelas jika berlaku akan menjangkakan ketinggian 1.29000 bakal dicapai oleh harga.
Namun jika situasi pasaran berubah membuatkan harga kembali ditekan jatuh semula, paras 1.27000 akan menjadi tumpuan awal untuk diuji.
Jika paras tersebut gagal melantunkan harga naik, sebaliknya harga tembus ke bawah, penurunan harga bakal diperlihatkan dengan jangkaan menuju zon 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG