GBP/USD Bullish? Harga Nampak Mendaki Semula Minggu Ini

217

Corak pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam dilihat meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi selepas terdapat isyarat bullish sebelum ini.

Dagangan US dolar yang agak bercampur sehingga semalam berjaya memberi ruang untuk harga meningkat melepasi paras 1.21000 dan menuju ke zon rintangan 1.22000.

Namun zon rintangan tersebut gagal ditembusi sebelum harga berpatah arah membuat penurunan semula pada dagangan sesi New York.

Pound menerima tekanan susulan petunjuk daripada bank pusat apabila salah seorang penggubal polisi Silvana Tenreyro berpandangan kadar faedah terlalu tinggi dan beliau mempertimbangkan untuk pemotongan kadar faedah.

Petunjuk dovish tersebut dilihat akan memberi cabaran buat mata wang Pound untuk menyambung dagangan minggu berikutnya.

Data pertumbuhan ekonomi UK yang akan diterbitkan pada sesi Eropah sebentar lagi akan diberi tumpuan oleh pelabur yang dilihat bakal pengaruhi pergerakan Pound.

Penurunan harga telah bersambung ke awal sesi Asia pagi ini kembali ke paras 1.21000 dan harga dilihat turut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Sekiranya corak kenaikan masih lagi berjaya dikekalkan, harga bakal melonjak naik semula dari zon 1.21000 untuk menguji sekali lagi rintangan 1.22000.

Melepasi zon penting itu akan memberi isyarat lebih jelas pergerakan bullish harga yang akan mendorong kenaikan menuju pula paras 1.23000 atau boleh mencapai kembali ketinggian 1.24000.

Namun, jika harga menjunam pada dagangan penutup minggu ini, sasaran awal adalah untuk menuju 1.22000 dan berkemungkinan harga boleh susut lebih rendah melepasi paras terendah dicecah Selasa lalu.

Penurunan yang dilanjutkan akan mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu dengan sasaran seterusnya adalah sekitar 1.18800 atau lebih rendah pada 1.18000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat