GBP/USD Catat Lonjakan Harian Sehingga 150 Pips!

510

Pound Sterling kekal didagangkan positif di sesi Asia pada Rabu menjelang data inflasi UK yang akan diterbitkan pada awal sesi Eropah.

Seperti Euro, matawang Pound juga berjaya memanfaatkan kelebihan untuk mengukuh berbanding US dolar dalam pasaran dengan kenaikan harian pada carta pasangan GBP/USD mencapai 150 pips.

Penyusutan US dolar yang berterusan akan terus menyokong momentum kenaikan harga pada carta GBP/USD.

Sementara, tumpuan turut terarah pada rundingan terbaru Brexit antara EU dan UK yang akan berakhir pada Jumaat. Walaupun UK menyatakan harapan untuk kesepakatan dicapai, namun perunding Britain memberi isyarat bahawa mereka tidak akan menerima sebaran syarat yang menggugat UK. Hal ini memberikan kebimbangan kepada pelabur untuk berwaspada terhadap dagangan Pound.

Jika diperhatikan pada carta GBP/USD, harga telah melonjak melepasi zon resistance 1.32000 dan menyambung kenaikan pada dagangan hari ini ke paras 1.32600.

Berkemungkinan harga akan turun dahulu ke paras 1.32000 membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru sebelum kembali meneruskan kenaikan semula ke paras lebih tinggi.

Sekiranya kenaikan harga berjaya melepasi paras 1.32800, paras resistance seterusnya yang akan dituju harga adalah pada ketinggian 1.35000 yang dicapai pada Disember 2019.

Namun, penurunan semula harga di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) akan memberi isyarat trend bearish harga semula.

Seterusnya, zon support pada 1.30000 dilihat akan menjadi destinasi tumpuan untuk siri penurunan harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat