GBP/USD Catat Pergerakan Harga Sehingga 700 Pips!

584

Pergerakan aktif pasaran semalam dicetuskan oleh laporan bahawa perjanjian Brexit telah berjaya dicapai bersama Kesatuan Eropah. Berita tersebut telah mendorong pengukuhan matawang Pound Sterling pada sesi Eropah semalam, namun terdapat kekhuatiran terhadap sokongan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara pada undian Parlimen UK hujung minggu ini.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD untuk sesi dagangan Khamis semalam, harga mendatar sejak sesi Asia sebelum membuat penurunan sekitar 80 pips ke paras 1.27500.

Kemudian, laporan kejayaan perjanjian Brexit yang berjaya di capai pada sesi Eropah telah melonjakkan harga ke paras ketinggian terbaru lima bulan mencatatkan 240 pips kenaikan harga.

Namun, harga kembali ditekan semula 230 pips ke paras terendah harian semalam ekoran keraguan terhadap sokongan oleh parti DUP Ireland untuk undian Parlimen UK selepas penolakan cadangan Brexit PM Johnson sebelum ini.

Seterusnya, dengan sentimen Brexit yang masih kekal positif harga berjaya membuat kenaikan sekitar 130 pips semula walaupun kadar pergerakan menaik harga dilihat lebih perlahan pada sesi New York berbanding lonjakan drastik harga pada sesi sebelumnya.

Dengan itu, pergerakan harga pada carta GBP/USD untuk sesi dagangan Khamis merekodkan turun naik harga hampir mencecah 700 pips!

Bersambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Jumaat), harga bergerak perlahan dan sedikit menurun sementara pelabur berwaspada menantikan keputusan undian Parlimen UK.

Jika perkembangan Brexit terus positif, harga bakal kembali melonjak semula menuju ke paras resistance 1.30000 menguji paras ketinggian yang dicapai sejak Mei lalu sebelum kenaikan diteruskan lebih tinggi.

Namun jika PM Boris Johnson gagal mendapatkan sokongan undian di Parlimen UK, harga dijangka akan kembali turun semula melepas zon RBS (resistance become support) 1.27800 dan seterusnya ke paras 1.27000.

Pantau paras-paras penting pada yang menjadi tumpuan harga dan lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat