Setelah corak penurunan berjaya dikekalkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD minggu lalu, harga dilihat agak mendatar di bawah zon 1.25000 di penghujung minggu.
Semakin berisiko buat mata wang Pound, pelabur bakal meneliti data pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi UK yang akan diterbitkan pada minggu ini.
Kedua-dua data itu menjadi petunjuk penting untuk penetapan dasar monetari bank pusat pada mesyuarat yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Data inflasi Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tumpuan utama minggu ini dan sekiranya US dolar kekal kukuh, nilai Pound berisiko untuk diheret jatuh lebih rendah.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/waspada-trader-usd#t=0:00
Paras terendah dicecah minggu lalu pada carta GBP/USD adalah sekitar 1.24500 di mana menjadi paras penutupan harga pada dagangan di sesi terakhir.
Menyambung pembukaan di awal minggu ini, harga sedikit didagangkan meningkat semula menuju ke paras 1.25000 yang menjadi rintangan terhampir untuk diuji.
Corak kenaikan awal yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA5) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi petanda awal untuk kemungkinan arah harga telah berubah berbanding minggu lalu.
Kenaikan harga jika berjaya diteruskan dilihat akan menuju ke zon tumpuan 1.26000 pula untuk pergerakan bullish lebih jelas.
Namun jika harga kembali melantun jatuh ke bawah zon 1.25000 semula, paras terendah minggu lalu berkemungkinan akan diatasi untuk harga catat rekod yang baru.
Sasaran penurunan lanjut harga seterusnya adalah menuju ke zon tumpuan pada 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG