Carta harga pasangan mata wang GBP/USD di penghujung minggu lalu diperhatikan pelabur selepas memberi petanda awal untuk perubahan pada trend harga.
Pada Jumaat, harga mula menunjukkan kenaikan dari sesi Asia bersambung ke sesi Eropah dengan hampir menyentuh paras 1.24000 yang dilihat sebagai rintangan buat harga.
Namun gagal menyentuhnya, harga kembali membuat penurunan di sesi New York apabila data indek perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) terbit dengan angka yang meningkat, mengukuhkan US dolar sekaligus menekan harga turun.
Harga kembali berlegar di garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut dan menutup dagangan di sesi terakhir sekitar 1.23500.
Zon sokongan harga kekal pada 1.23000 yang belum ditembusi harga dan bakal diuji pada minggu ini jika harga terus ditekan jatuh.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-siling-hutang-selesai
Para pelabur kini menantikan kesan pergerakan harga setelah perjanjian siling hutang AS berjaya dicapai pada Ahad lalu.
Namun kesan lebih jelas berkemungkinan belum dapat diperhatikan di awal minggu ini dengan kebanyakan bank masih ditutup termasuk di UK dan AS.
Untuk jangkaan bagi pergerakan menurun harga yang berterusan di carta GBP/USD minggu ini, harga bakal menembusi support 1.23000 sebelum catatkan paras terendah terbaru 10 minggu.
Sasaran terbaru harga akan beralih ke sekitar 1.22000 yang sebelum ini turut menjadi zon tumpuan harga pada dagangan Mac lalu.
Sebaliknya jika harga melambung tinggi, rintangan pada 1.24000 akan diuji sekali lagi minggu ini dan dijangka akan ditembusi.
Kenaikan seterusnya akan menuju ke sekitar 1.25000 dengan isyarat pergerakan trend bullish yang telah berubah dari corak minggu-minggu sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG