GBP/USD Dijangka Akan Jatuh Lebih Rendah?

659

Pengukuhan mata wang Pound sebelum ini dijangka akan mula suram semula berikutan perkembangan di UK untuk rancangan pemulihan ekonomi berkemungkinan akan sedikit terjejas.

Ini adalah disebabkan kebimbangan yang kembali melanda UK berkenaan penularan varian Covid-19 dari India yang bakal merencatkan rancangan Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk ekonomi UK beroperasi sepenuhnya pada 21 Jun ini.

Tarikh tersebut berkemungkinan akan ditangguhkan kepada 5 Julai.

Pelabur akan berwaspada terhadap dagangan Pound sementara terus mengikuti perkembangan semasa di UK.

Seperti yang dapat diperhatikan oleh para pelabur pada carta pasangan mata wang GBP/USD, pergerakan harga masih mendatar dalam julat harga antara 1.42000 dan 1.41000.

Paras 1.42000 kekal menjadi zon rintangan yang menghalang kenaikan harga, malah zon tersebut juga gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan minggu lalu.

Sementara paras 1.41000 pula menjadi sokongan buat harga daripada kejatuhan yang lebih rendah.

Jika harga membuat kenaikan, zon rintangan 1.42000 perlu ditembusi sebelum kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk menuju paras tumpuan terbaru pada 1.43000.

Untuk situasi penurunan harga pula, harga yang melepasi paras sokongan pada 1.41000 bakal turun menguji paras 1.4000 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Pada Khamis, tumpuan akan terarah pada data inflasi AS yang dilihat akan turut mempengaruhi pergerakan harga di penghujung minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat