Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD gagal diteruskan pada Khamis semalam apabila harga ditekan jatuh semula.
Pada Rabu, harga berjaya melonjak mencapai rekod tertinggi terbaru 13 minggu ke paras 1.28600 ketika reaksi data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Namun, penurunan berlaku semula ketika US dolar mengukuh selepas pasaran menghadam keputusan mesyuarat FOMC dengan nada yang hawkish dikekalkan pada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell awal pagi Khamis lalu.
Pada sesi New York semalam, pengukuhan US dolar diteruskan menyaksikan harga pada carta GBP/USD mencecah paras 1.27400.
Penurunan yang turut melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu telah memberi petunjuk pergerakan bearish buat harga.
Harga berlegar sekitar 1.27500 pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat) namun dijangka arah pergerakan lebih jelas di sesi-sesi berikutnya.
Jangkaan penurunan lebih rendah akan diteruskan menyambung momentum semalam dengan tumpuan terarah pada zon support 1.27000.
Zon tersebut telah berjaya menghalang harga dari kejatuhan lebih rendah untuk beberapa minggu kebelakangan ini.
Sekiranya tembus, isyarat bearish lebih jelas harga itu akan mendorong penurunan untuk menuju sehingga sekitar 1.26000.
Namun, jika harga melonjak semula melepasi halangan MA50, rintangan seterusnya adalah pada zon 1.28000 untuk diuji.
Jika harga berjaya teruskan pendakian lebih tinggi, paras 1.28600 yang dicapai pada Rabu lalu menjadi sasaran untuk dicabar sebelum kenaikan yang diteruskan dijangka menuju zon 1.29000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG