GBP/USD Dijangka Menutup Dagangan Minggu Ini Ke Paras Lebih Rendah Semula?

1,509

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD telah mempamerkan kenaikan mingguan sekitar 270 pips dengan paras ketinggian yang dicapai pada Khamis di sekitar 1.25300 didorong oleh penyusutan US dolar sejak awal minggu.

Namun harga kembali pamer penurunan semula dari paras ketinggian tersebut dengan penurunan harian semalam sekitar 70 pips susulan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan.

Di samping US dolar yang dilihat pamerkan pengukuhan semula di penghujung dagangan minggu ini walaupun masih bercampur-campur sentimen ujian positif vaksin, penurunana harga bakal dijangkakan pada carta GBP/USD hari ini berikutan perkembangan kurang baik rundingan Brexit antara UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Kedua-dua pihak dilihat masih gagal menemui jalan penyelesaian yang baik apabila masih terdapat jurang perbezaan yang besar dalam mencapai kesepakatan.

Jika berterusan, Pound bakal terus bergerak lemah sehingga rundingan bersambung semula pada minggu hadapan di London.

Harga pada carta GBP/USD bergerak mendatar pada sesi Asia pagi ini sebelum pergerakan lebih aktif pada pembukaan sesi Eropah.

Harga dilihat cuba membuat penurunan untuk bergerak lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan lebih rendah bakal menuju ke zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.24000 sebelum penurunan harga yang diteruskan akan menguji pula zon support pada 1.22500.

Namun jika harga meneruskan kenaikan semula melepasi paras rintangan 1.25300, harga bakal menuju zon resistance di paras ketinggian sekitar 1.26500.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat