GBP/USD Gagal Lepasi Rintangan $1.2100, Papar Terjunan 120 Pips!

186

Mata wang Pound dilihat gagal mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar susulan pengukuhan semula US dolar dalam suasana pasaran yang berisiko, sementara pelabur masih menantikan mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

Walaupun data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka lebih rendah daripada jangkaan, namun US dolar berjaya bergerak kukuh ekoran faktor penurunan unjuran pertumbuhan ekonomi global oleh IMF serta beberapa faktor lain yang menghimpit pasaran global.

Pelabur Pound akan berwaspada untuk mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada awal Ogos minggu hadapan untuk turut bertindak melawan inflasi yang terus meningkat seperti bank-bank pusat yang lain.

Perhatikan pergerakan harga bagi pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah memaparkan penurunan harian sekitar 120 pips pada Selasa semalam selepas kenaikan pada sesi Asia pada mulanya gagal untuk menyentuh paras ketinggian pada rintangan 1.21000.

Harga susut sehingga melepasi paras 1.20000 namun pada dagangan sesi New York, harga dilihat melantun membuat kenaikan semula sekitar 90 pips sebelum menutup dagangan di penghujung sesi sekitar 1.20200.

Berlegar-legar di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, pelabur masih berwaspada untuk arah yang masih tidak jelas sementara keputusan mesyuarat FOMC dinantikan.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, paras halangan 1.21000 bakal diuji semula sebelum harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu dan memberi isyarat lebih jelas untuk menyambung pergerakan bullish.

Bagi sasaran peningkatan harga lebih tinggi yang diteruskan seterusnya adalah menuju pula ke zon tumpuan 1.22000.

Sebaliknya jika harga gagal untuk meningkat dan mula menunjukkan perubahan trend bearish semula, paras sokongan harga pada 1.20000 dilihat akan menjadi tumpuan awal untuk diuji dan membuat penurunan ke paras lebih rendah untuk minggu ini.

Seterusnya, penurunan lebih lanjut dijangkakan akan menguji paras 1.19400 dan paras 1.18800 sebelum sasaran lebih rendah harga untuk ke zon support 1.18000.

Lihat pada gambar carta harga pasangan GBP/USD dibawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat