GBP/USD Gagal Tembusi Paras Rintangan Minggu Lalu, Bakal Mulakan Penurunan?

988

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD menunjukkan penurunan pada sesi Eropah dengan peningkatan semula nilai dagangan US dolar selepas bergerak lemah sepanjang sesi Asia.

Pengukuhan awal US dolar berkemungkinan didorong oleh faktor tindakan balas China terhadap Amerika Syarikat dengan sekatan ke atas beberapa individu penting susulan tindakan sekatan oleh pentadbiran Trump ke atas pegawai-pegawai China.

Matawang Pound Britain pula dijangka akan didagangkan berisiko sementara pelabur menantikan ucapan oleh Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Baily dalam dua acara yang berasingan.

Sebarang kenyataan yang memberi isyarat terhadap polisi monetari dan fiskal akan mempengaruhi pergerakan matawang Pound dalam pasaran.

Harga pada carta GBP/USD yang dilihat bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga telah menguji paras rintangan 1.26600.

Namun, seperti dagangan penghujung minggu lalu, harga masih gagal melepasi paras tersebut sebelum membuat penurunan lebih rendah di bawah paras MA50 semula.

Penurunan lebih rendah berkemungkinan akan menuju semula zon RBS (resistance become support) di paras tumpuan 1.25000.

Penurunan seterusnya akan menuju pula zon RBS lebih rendah di sekitar paras 1.23600.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula dan berjaya tembusi resistance 1.26600, harga bakal menuju zon resistance seterusnya dalam julat harga 1.27500-1.28000.

Data pertumbuhan GDP UK akan menjadi tumpuan pelabur pada Selasa dengan jangkaan untuk bacaan terbaru yang kembali meningkat.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat