Gelora pergerakan mata wang Pound semakin terasa pada hari ini (Khamis) susulan debaran menanti keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) pada jam 7 petang nanti.
Rabu semalam telah menyaksikan terbitan data inflasi UK pada sesi Eropah dengan bacaan indeks harga pengguna (CPI) tahunan tidak berganjak di paras 8.7%, meleset berbanding ramalan untuk sedikit merendah ke paras 8.4%.
Ini akan menguatkan lagi jangkaan bagi Bank of England (BOE) untuk meneruskan pengetatan dasar monetari, dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas bakal dilaksanakan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-powell-gagal-angkat-usd#t=0:00
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat sedikit melantun naik ketika reaksi awal data CPI diterbitkan di sesi Eropah semalam.
Namun, setelah menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, harga mula berpatah arah membuat terjunan hingga ke 1.27000.
Seperti dijangka, zon RBS (resistance become support) 1.27000 itu mengundang reaksi menarik harga di mana berlaku lantunan semula harga di sesi New York selain didorong oleh situasi penyusutan semula US dolar.
Setelah naik melepasi semula MA50, harga mendatar perlahan di awal sesi Asia pagi ini di paras 1.27700 menanti keputusan mesyuarat BOE sebentar lagi.
Sekiranya berlaku lonjakan lagi, harga dilihat bakal mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.24850 sebelum menuju sasaran ketinggian terbaru pada 1.29000.
Menyentuh ketinggian itu akan mencatatkan rekod tertinggi terbaru harga sejak April 2022.
Namun jika harga kembali menjunam, zon RBS 1.27000 sekali lagi akan diuji dan reaksi harga akan diperhatikan bagi menilai petunjuk pergerakan selanjutnya harga.
Jika harga tembus ke bawah lebih rendah, paras-paras tumpuan terdahulu akan kembali menjadi sasaran tumpuan seperti pada 1.26000 dan juga 1.25000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG