GBP/USD Ke Paras Tertinggi 3 Minggu, Uji Zon Rintangan $1.3900

390

Sekali lagi jangkaan kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menepati ramalan penganalisis untuk capai ke zon rintangan 1.39000 pada dagangan penghujung minggu lalu.

Walaupun Pound dilihat didagangkan dalam tekanan, namun penyusutan US dolar yang berterusan telah menolak harga ke paras lebih tinggi ditambah pula angka pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) yang merosot pada laporan NFP Jumaat lalu.

Pelabur masih berwaspada terhadap dagangan Pound ekoran tekanan Brexit yang muncul kembali di samping tumpuan pelabur terhadap langkah kenaikan cukai yang bakal dilaksanakan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson.

Walaupun Pound kekal berada dalam kelompok dagangan berisiko, namun penyusutan US dolar dijangka akan terus mengekalkan trend bullish harga untuk carta GBP/USD bersambung pada minggu ini.

Pergerakan harga mendatar pada awal dagangan minggu ini sejak sesi Asia bersambung ke awal sesi Eropah di sekitar paras 1.38500.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bakal diuji untuk memberi petunjuk pergerakan harga selanjutnya pada carta GBP/USD.

Kenaikan harga akan menguji semula rintangan 1.39000 untuk menuju ke paras rintangan berikutnya pada 1.4000 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 bulan.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1.38000 dilihat sebagai paras sokongan terbaru harga pada zon RBS (resistance become support).

Penurunan lebih rendah harga akan menuju pula ke zon RBS sebelum ini pada 1.37000 semula selepas harga melonjak dari zon tersebut penghujung Ogos lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat