Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih lagi kekal mendatar dalam julat 100 pips menyusuli corak pada penutup dagangan minggu lalu.
Harga kekal bertahan di atas paras support 1.26000 di awal minggu ini selepas kejatuhan berterusan harga pada minggu lalu sehingga ke sesi terakhir mencecah ke paras tersebut.
Namun penurunan lanjut masih belum diteruskan, sebaliknya harga melantun untuk bergerak mendatar di bawah paras 1.27000 sehingga ke dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu).
Pelabur kini mula berhati-hati dengan risiko perubahan sentimen pasaran apabila ketegangan di antara Rusia dan Ukraine dijangka akan memuncak semula.
Ukraine telah melancarkan serangan pada Selasa menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia.
Pun begitu, US dolar belum menunjukkan tanda-tanda pengukuhan dengan pergerakan yang lemah dipamerkan pada sesi New York semalam.
Harga pada carta GBP/USD ada menunjukkan penurunan di sesi Eropah semalam, namun sebelum menyentuh support 1.26000, harga melantun semula menuju ke zon rintangan 1.27000.
Jika kenaikan diteruskan pada sesi-sesi selepas ini, paras tumpuan sebelum ini boleh dicapai semula dengan sasaran terhampir adalah pada 1.28000.
Meneruskan kenaikan lanjutkan akan menjangkakan harga menuju pula 1.29000 atau ketinggian pada 1.30000.
Namun, dengan jangkaan untuk US dolar bakal mengukuh dalam situasi sentimen risk-off, harga boleh ditekan jatuh semula ke support 1.26000.
Tembus lebih rendah di bawah zon itu akan mencatatkan paras terendah terbaru harga dengan sasaran beralih pula ke 1.25000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG