GBP/USD Kekal Corak Bearish, Mesyuarat BOE Jadi Tumpuan

443

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD masih meneruskan pergerakannya dalam trend bearish selepas keputusan mesyuarat FOMC awal pagi ini menjadi tumpuan.

Kenaikan harga pada mulanya dilihat menuju zon rintangan 1.37000 sebelum harga membuat penurunan semula ke zon support 1.36000 susulan kenyataan bernada hawkish oleh Federal Reserve (Fed) mendorong pengukuhan US dolar.

Harga masih bertahan atas zon support tersebut berikutan pelabur seterusnya berwaspada untuk mesyuarat dasar monetari bank pusat England pula pada sesi Eropah sebentar lagi.

Pelabur juga ingin melihat sama ada Bank of England (BOE) akan mengikuti jejak langkah Fed untuk melaksanakan pengetatan dasar ataupun akan terus mengekalkan polisi yang longgar.

Menjelang mesyuarat BOE, data ekonomi UK akan diberi perhatian terlebih dahulu untuk penilaian bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan pada bacaan angka bagi bulan September.

Dengan pergerakan harga masih di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bearish, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan lebih rendah melepasi zon support 1.36000 pada dagangan penghujung minggu.

Penurunan yang diteruskan bakal menuju zon support seterusnya sekitar 1.35000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 8 bulan.

Sebaliknya jika harga membuat lonjakan semula, rintangan 1.37000 akan menjadi penghalang untuk kenaikan lebih tinggi.

Sekiranya momentum kenaikan harga diteruskan, harga bakal meneruskan pula kenaikan menuju zon SBR (support become resistance) pada 1.38000 yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Pergerakan harga pada sesi Eropah sebentar lagi pasti bergelora buat Pound. Pelabur akan lebih bersedia berdepan sebarang risiko dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat