Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih lagi mendatar pada pembukaan awal minggu sehingga Selasa semalam.
Pelabur berhati-hati dengan pergerakan mata wang Pound menjelang laporan data inflasi UK yang akan diterbitkan pada awal sesi Eropah hari ini.
Kadar inflasi yang dijangka menurun dari paras semasa 2.0% sebelum ini dilihat akan semakin mendorong bank pusat England (BOE) untuk beralih ke fasa pelonggaran dasar monetari mereka.
Situasi ini boleh merisikokan Pound untuk alami prestasi yang suram selepas ini.
Sementara US dolar juga berisiko untuk bergerak lemah dalam pasaran selepas isyarat dovish dari Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk persediaan beralih kepada pelonggaran dasar.
Powell katakan bank pusat tidak perlu menunggu sehingga inflasi capai sasaran 2% untuk laksanakan pemotongan kadar faedah.
Namun, US dolar masih lagi belum menunjukkan penyusutan yang ketara membuatkan pergerakan pada carta GBP/USD kekal mendatar.
Pada minggu lalu, harga dilihat mengekalkan corak bullish sehingga kenaikan menghampiri ketinggian paras 1.30000.
Namun, paras tersebut menjadi zon rintangan buat harga yang masih belum berjaya ditembusi dan pergerakan mendatar harga di awal minggu ini juga berlegar di sekitar bawahnya.
Harga mengelilingi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sementara pelabur memerhatikan isyarat trend harga berikutnya.
Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi rintangan 1.30000, paras ketinggian terbaru akan dicatatkan dengan sasaran harga untuk menuju pula 1.31000.
Namun jika harga menjunam jatuh, paras sokongan terhampir yang bakal mengundang reaksi harga adalah pada 1.29000.
Susut lebih rendah akan menjangkakan penurunan lanjut harga diteruskan ke sekitar 1.28000 pula.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG