GBP/USD Kekal Menurun Sebelum Tumpuan Pada Mesyuarat BOE Minggu Hadapan

284

Mengambil kesempatan ke atas US dolar yang kehilangan momentum menjelang mesyuarat FOMC, Pound berjaya melengahkan penurunan harga berbanding raja mata wang tersebut pada sesi New York semalam.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, penurunan harga dilihat berlaku pada awal minggu menyambung corak bearish pada minggu sebelumnya.

Selepas penurunan harga mencecah paras sekitar 1.34400 pada Selasa semalam,kenaikan harga dapat dilihat kembali melepasi paras 1.3500 yang dilihat sebagai paras rintangan buat harga.

Selain itu, pergerakan harga pada timeframe 1 jam dilihat sedikit melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat awal perubahan trend boleh berlaku semula.

Mata wang Pound dijangka akan terus bergerak memberi reaksi terhadap US dolar sebelum bakal dipacu oleh keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) pada minggu hadapan pula.

Sekiranya harga membuat kenaikan lebih tinggi, rintangan untuk harga uji seterusnya adalah pada zon SBR (support become resistance) 1.35700 sebelum menuju ke zon SBR lebih tinggi iaitu pada 1.36500 untuk kenaikan yang diteruskan.

Kemudian barulah sasaran akan beralih kembali pada zon rintangan tumpuan 1.37400 yang dicapai pada 2 minggu lalu dan telah mencatatkan paras tertinggi 11 minggu.

Sebaliknya jika US dolar kekal mendominasi selepas mesyuarat FOMC, harga bakal ditekan lebih rendah menuju paras sokongan pada 1.34000.

Terus mencatatkan paras terendah terbaru jika penurunan diteruskan, paras sasaran harga dilihat pada 1.33000 selepas melepasi zon 1.33500 sebelum itu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat