Carta pasangan mata wang GBP/USD gagal untuk keluar dari zon mendatar minggu lalu walaupun selepas data-data ekonomi penting yang menjadi tumpuan telah pun diterbitkan.
Pergerakan US dolar yang bercampur menjadi pemacu pergerakan harga sepanjang minggu sementara beberapa data ekonomi UK yang akan diterbitkan minggu ini pula dijangka akan memberi impak.
Minggu lalu, data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang meningkat atasi jangkaan telah menguatkan seketika US dolar, namun data inflasi pengeluar pula yang diterbitkan di sesi terakhir minggu itu catat bacaan yang sebaliknya.
Momentum pengukuhan US dolar yang terhalang telah mengaburkan arah untuk pergerakan lebih jelas harga berlaku di penghujung minggu.
Diperhatikan carta GBP/USD, harga dilihat berjaya bertahan di atas paras 1.27000 yang kekal berfungsi sebagai sokongan buat harga.
Paras tertinggi yang berjaya dicapai minggu lalu adalah sekitar 1.27800, masih lagi belum menyentuh zon tumpuan 1.28000.
Harga dibuka sekitar 1.27400 di awal sesi Asia tadi untuk pembukaan awal minggu ini dan berlegar-legar di sekitar garisan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Pelabur memerhati reaksi harga di garisan tersebut untuk indikasi awal pergerakan harga menuju sesi-sesi berikutnya.
Jika berjaya harga atasi ketinggian minggu lalu, corak kenaikan bakal dipaparkan menuju zon 1.28000.
Selepas zon rintangan tersebut turut berjaya dilepasi, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan ke sasaran berikutnya pada 1.29000.
Pelabur turut akan kekal berwaspada jika berlakunya penurunan semula dan paras 1.27000 sekali lagi akan diuji.
Jika sokongan kental itu berjaya akrinya harga tembusi, penurunan lebih rendah perlu dijangkakan dan berkemungkinan mencecah zon 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG