GBP/USD Lonjak 130 Pips Atasi Ketinggian Minggu Lepas!

158

Mata wang Pound dilihat memanfaatkan peluang untuk mengukuh pada dagangan Khamis semalam berikutan faktor penyusutan semula nilai US dolar yang ketara.

Ini disebabkan oleh data tuntutan faedah pengangguran (unemployment claims) Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan pertambahan minggu lalu yang meningkat.

Ini kembali mengurangkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat FOMC minggu hadapan dengan majoriti menjangka kadar akan dikekalkan di paras semasa.

Dengan penyusutan ketara US dolar semalam, Pound berjaya melonjak ke paras tertinggi 4 minggu selepas mengatasi paras ketinggian harga minggu lalu.

Situasi tersebut dapat dilihat pada carta pasangan mata wang GBP/USD yang menyaksikan kenaikan harian sehingga 130 pips semalam.

Bermula dari paras 1.24300 di pembukaan sesi Asia, harga berjaya menutup dagangan sesi New York di ketinggian 1.25600.

Kenaikan tersebut berjaya menembusi rintangan hari sebelumnya iaitu pada 1.25000 sebelum mengatasi ketinggian minggu lalu sekitar 1.25400.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan sesi Asia pagi Jumaat ini, namun harga yang kekal di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta GBP/USD memberi petunjuk bullish.

Dengan momentum lonjakan semalam, harga dilihat akan meneruskan kenaikan menuju paras 1.26000 untuk catatkan ketinggian terbaru lagi.

Jika paras tersebut berjaya dilepasi, sasaran lebih tinggi seterusnya akan beralih kepada 1.27000.

Namun sebaliknya jika harga kembali menjunam di bawah paras 1.25000, pelabur perlu bersedia untuk situasi perubahan arah semula harga.

Berkemungkinan harga boleh turun kembali ke paras support 1.24000 yang diuji sejak awal minggu ini.

Dan jika penurunan dilanjutkan lebih rendah, zon support pada 1.23000 dilihat akan menjadi tumpuan utama untuk dituju.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat