GBP/USD Lonjak 200 Pips Lepas Petunjuk Suram Oleh Powell

127

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD telah memaparkan lonjakan hampir 200 pips ketika dagangan penghujung sesi New York.

Adakah Pound Sterling sudah mula mendominasi semula dalam pasaran?

Sebenarnya pergerakan drastik harga yang berlaku adalah dipacu oleh US dolar susulan reaksi pasaran yang terarah pada ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell awal pagi tadi.

Setelah berteka-teki selama beberapa minggu, akhirnya mendapat jawapan untuk petunjuk bagi dasar monetari Fed apabila Powell menyatakan keperluan untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah berkemungkinan bermula pada Disember.

Berikutan itu, US dolar ketara mengalami penyusutan selepas menunjukkan pengukuhan awal di sesi New York pada mulanya apabila terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang meningkat untuk suku ketiga.

Harga pada carta GBP/USD pada mulanya membuat penurunan dari zon 1.2000 mencecah 1.19000 sebelum melonjak hampir 200 pips menuju ketinggian 1.21000 di penghujung sesi New York.

Harga yang sudah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD telah menjadi penanda awal perubahan trend bullish.

Menyambung kenaikan pada tempo perlahan di sesi Asia pagi ini (Khamis), harga dilihat menguji rintangan 1.21000 dengan jangkaan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Seterusnya, zon 1.22000 dilihat akan menjadi sasaran baru harga untuk catatkan ketinggian terbaru 4 bulan.

Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga semula, zon 1.2000 bakal memaparkan reaksi menarik harga untuk pelabur menilai isyarat pergerakan lanjut harga.

Jika berjaya susut lebih rendah, beberapa paras tumpuan akan diuji seperti 1.19400 dan juga 1.18800 sebelum harga bakal kembali ke zon 1.18000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat