Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan Isnin semalam pamerkan lonjakan harian sehingga 110 pips!
Pergerakan tersebut dipacu oleh faktor penyusutan US dolar pada pembukaan awal minggu ini setelah pelabur memerhatikan pergerakan bercampur pada minggu lalu.
Penurunan semula pada indeks dolar dan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) telah membuatkan pelabur semakin berhati-hati terhadap dagangan US dolar.
Sementara itu, tumpuan hari ini terarah kepada terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di UK dan AS yang bakal memberi impak kepada pergerakan mata wang Pound dan US dolar.
Seperti yang dijangkakan penganalisis, harga masih bergerak dalam trend bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Kemudiannya, di sesi New York semalam harga telah melonjak dan menembusi zon rintangan pada 1.22000 yang telah diuji beberapa kali minggu lepas.
Setelah menembusinya, harga telah mencapai ketinggian sekitar 1.22570 di penghujung sesi sebelum ditutup sedikit rendah.
Menyambung pembukaan dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), kenaikan diteruskan ke paras lebih tinggi menuju sasaran pada zon 1.23000.
Zon 1.23000 hingga 1.23300 dilihat menjadi zon rintangan penting yang bakal diuji harga dan reaksi harga akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan berikutnya.
Jika zon rintangan itu berjaya ditembusi, harga berpotensi naik mencapai ke sekitar 1.24000 yang juga dilihat sebagai zon tumpuan harga.
Namun jika penurunan harga kembali berlaku, paras 1.22000 akan kembali diperhatikan untuk melihat bagaimana reaksi harga mencecah ke sekitar tersebut.
Jika tembus ke bawah, penurunan akan menuju ke zon support tumpuan minggu sebelum ini iaitu pada 1.21000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG