Corak penurunan harga dipamerkan pada dagangan Selasa semalam di carta pasangan mata wang GBP/USD selepas pergerakan mendatar di pamerkan pada hari sebelumnya.
Mata wang Pound terus didagangkan suram sementara pasaran berwaspada menantikan keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE).
Namun, Pound ada potensi untuk mengukuh berikutan jangkaan untuk BOE meneruskan pengetatan dasar monetari mereka.
Kenaikan kadar faedah dijangka akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas. Ada juga jangkaan untuk kenaikan 50 mata asas.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-lepas-data-pmi
Penurunan harian pada carta GBP/USD semalam sekitar 90 pips mencecah paras 1.27400 selepas mengatasi paras terendah dicecah minggu lalu.
Penurunan tersebut juga sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.
Harga yang melantun semula pada penutupan sesi New York kemudiannya berlegar di bawah paras 1.28000 di sesi Asia pagi ini (Rabu) selain harga juga bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat bearish.
Penurunan harga jika diteruskan lebih rendah bakal menuju paras 1.27000 untuk catatkan paras terendah terbaru.
Sekiranya paras tersebut juga ditembusi, harga boleh mencecah hingga ke sekitar 1.26000 yang juga merupakan paras tumpuan harga sebelum ini.
Sebaliknya jika berlaku lonjakan semula, harga berkemungkinan melepasi halangan MA50 sebelum menjadi isyarat untuk perubahan trend bullish.
Kenaikan diteruskan akan menguji rintangan pada paras 1.29000 sebelum kenaikan yang berjaya dilanjutkan bakal menuju semula rintangan minggu lalu para 1.30000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG