Pergerakan bearish harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan momentum yang lemah sejak beberapa sesi sebelum ini.
Dengan keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi, pelabur mula bersedia untuk menjangkakan bakal berlaku perubahan arah pada carta tersebut.
Ini disebabkan isyarat dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk persediaan langkah pemotongan kadar faedah pada September nanti.
US dolar menunjukkan penyusutan selepas mesyuarat namun tidak berlaku pergerakan drastik harga berikutan mata wang Pound juga sedang berada dalam tekanan.
Tumpuan akan terarah kepada mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) hari ini yang dijangka bakal berlaku penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Pergerakan harga pada carta GBP/USD yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada sesi Asia pagi ini mencadangkan untuk permulaan pergerakan bullish harga.
Untuk kenaikan harga lebih tinggi, sasaran adalah pada paras 1.29000 sebagai rintangan awal untuk diuji.
Melepasi rintangan tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi sehingga mencapai 1.30000 pula sekiranya berlaku penyusutan ketara pada nilai US dolar.
Namun, jika situasi Pound lebih buruk selepas mesyuarat BOE nanti, berkemungkinan harga berisiko untuk jatuh lebih rendah dari paras sebelum ini.
Zon support semasa harga berada pada 1.28000 dan jika ditembusi, harga boleh jatuh lebih rendah sehingga jangkaan mencecah pada 1.27000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG