GBP/USD Masih Bertahan Daripada Jatuh, Namun…

552

Pembentangan belanjawan 2021 UK oleh Menteri Kewangan Rishi Sunak semalam dilihat sebagai sentimen positif buat ekonomi UK.

Skim bantuan ekonomi yang membantu meringankan beban rakyat dilanjutkan sehingga September dalam usaha untuk terus menyokong pemulihan ekonomi UK.

Mata wang Pound Sterling walau bagaimanapun gagal untuk mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kembali mengukuh semula dalam pasaran.

Pengukuhan US dolar kembali mendapat sokongan daripada hasil bon AS yang meningkat. Namun, pelabur tetap berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada penghujung minggu.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, momentum kenaikan harga pada Selasa gagal dikekalkan selepas harga masih tersekat pada rintangan 1.40000.

Tidak berjaya lepas rintangan 1.4000, harga bergerak mendatar di bawah paras tersebut namun disokong pada paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Bersambung di awal sesi Asia pagi ini, harga telah bergerak turun di bawah MA50 memberi isyarat untuk trend penurunan harga.

Harga bakal menguji zon RBS (resistance become support) 1.38300 jika pengukuhan US yang berterusan terus menekan harga lebih rendah.

Melepasi zon tersebut akan mendorong penurunan lebih rendah harga menuju pula ke paras support 1.37000.

Sekiranya harga membuat kenaikan melepasi rintangan 1.4000, pelabur akan menjangkakan trend kenaikan harga ke paras lebih tinggi.

Paras-paras rintangan seperti 1.41000 dan 1.42000 akan kembali menjadi tumpuan harga untuk perubahan kepada trend bullish.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat