Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Selasa semalam menunjukkan turun naik harga yang menarik dipacu oleh reaksi pasaran terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Data perumahan AS catat bacaan yang baik, namun keyakinan pengguna AS serta data pekerjaan JOLTS adalah mengecewakan.
US dolar yang memaparkan pengukuhan awal di sesi Eropah kecundang pada sesi berikutnya apabila pamerkan penyusutan yang lebih ketara menghapuskan keuntungan yang diraih sebelumnya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-apa-hal-usd-junam-30-8
Pada carta GBP/USD, harga telah susut di bawah paras 1.26000 hingga mencecah sekitar 1.25700 sebelum melantun semula 90 pips.
Mencapai ketinggian pada 1.26500, harga kekal menunjukkan isyarat bagi pergerakan bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Pasaran akan memerhatikan pula data pekerjaan ADP pada sesi New York malam ini yang akan diterbitkan bersama data pertumbuhan ekonomi (GDP) AS untuk suku kedua 2023.
Kedua-dua data ini adalah penting yang menjadi indikator kepada Federal Reserve (Fed) untuk penetapan dasar monetari pada mesyuarat September nanti.
Untuk jangkaan bagi kenaikan harga yang bakal diteruskan, paras 1.27000 akan kembali menjadi sasaran untuk dituju harga.
Seterusnya, zon rintangan pada 1.28000 yang berada lebih tinggi pula akan menjadi tumpuan seterusnya jika pergerakan bullish harga berjaya dikekalkan.
Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan, reaksi harga di paras 1.26000 dan sokongan MA50 akan menjadi petunjuk untuk pergerakan selanjutnya.
Jika tembus ke bawah, harga berisiko untuk menjunam jatuh hingga ke zon support 1.25000 dan catatkan paras terendah terbaru 11 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG