GBP/USD Masih Bullish Walaupun Dagangan Sterling Berisiko

536

Dagangan Pound Sterling kekal berisiko diniagakan pada permulaan pasaran tahun baru dengan ketidakpastian isu Brexit kekal membuatkan pelabur berwaspada.

Menurut tinjauan ekonomi yang dijalankan, para penganalisis menjangkakan kebimbangan Brexit akan terus menjejaskan pertumbuhan GDP UK untuk tahun 2020.

Pelabur kekal meragui keupayaan Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk melaksanakan pengunduran Britain pada 31 Januari sementara mampukah perjanjian perdagangan bersama Kesatuan Eropah mencapai kesepakatan.

Dari sudut teknikal, pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD menunjukkan kenaikan pada dagangan hari-hari terakhir untuk tahun 2019 dengan turut didorong oleh kemerosotan dagangan US dolar.

Pada Selasa iaitu 31 Disember 2019, harga menutup dagangan dengan mempamerkan kenaikan hampir mencapai paras 1.33000.

Menyambung dagangan hari pertama dagangan tahun 2020, pergerakan harga kembali perlahan dan menunjukkan tanda-tanda kecil penurunan harga.

Penurunan berkemungkinan membentuk corak pembetulan harga sebelum kenaikan diteruskan semula.

Harga masih berada di atas garisan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat trend harga masih bullish.

Kenaikan yang diteruskan akan melepasi paras 1.33000 yang merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum harga menuju zon resistance pada ketinggian 1.35000.

Jika penurunan harga terus berlaku dan harga bergerak di bawah MA50, harga dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) pada sekitar 1.31000. Penurunan lebih rendah akan menuju pula ke bawah paras 1.30000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat