GBP/USD Masih Gagal Bolos Resistance $1.2200

150

Di tengah-tengah krisis yang sedang melanda, mata wang Pound berjaya mencuri ruang untuk paparkan pengukuhan pada penutupan dagangan minggu yang lalu.

Minggu ini, pelabur Pound akan menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari oleh Bank of England (BOE) pada Khamis selepas disusuli oleh mesyuarat FOMC.

Adakah kedua-dua bank pusat BOE dan Federal Reserve (Fed) masih akan memilih untuk menaikkan kadar faedah, atau sebaliknya menghentikan kenaikan kadar seperti yang dilakukan oleh Bank of Canada (BOC) bari-baru ini?

Meneliti carta harga pasangan mata wang GBP/USD sepanjang minggu lalu, harga telah berjaya mencapai ketinggian 1.22000 selepas menyambung trend bullish minggu sebelumnya.

Namun, kejutan terhadap krisis Credit Suisse telah mendorong penurunan harga berlaku mencecah ke zon tumpuan 1.20000 ketika US dolar mengukuh.

Namun, US dolar kembali didagangkan lemah semula dan memberi kelebihan kepada Pound, menyaksikan harga kembali meningkat semula.

Sesi-sesi akhir minggu lalu melihatkan harga kembali mencapai semula paras 1.22000 yang kekal menjadi rintangan buat harga.

Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu di sesi Asia pagi ini, harga kekal perlahan di sekitar 1.22000 tersebut dengan perkembangan krisis terus dipantau.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan dan menembusi rintangan 1.22000 di awal minggu ini, kenaikan dijangka akan diteruskan menuju sasaran terbaru pada 1.23000.

Paras tertinggi terbaru 7 minggu bakal dicapai jika situasi kekal membuatkan US dolar terus melemah.

Sebaliknya jika rintangan 1.2200 gagal ditembusi, berkemungkinan penurunan harga akan berlaku semula dengan paras terhampir yang bakal disinggah harga dilihat pada 1.21000.

Susut lebih rendah akan memberi indikasi awal corak penurunan harga akan bermula semula dan zon tumpuan 1.20000 bakal kembali diuji seperti minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat