GBP/USD Masih Gagal Menerobos Halangan $1.2700!

160

Cubaan kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada minggu lalu dilihat tersekat di paras rintangan 1.27000.

Selama 2 hari berturut-turut pada Khamis dan Jumaat harga cuba untuk menembusi paras tersebut namun gagal.

Kenaikan harga berlaku susulan prestasi yang suram oleh US dolar untuk minggu lepas yang merekodkan kerugian mingguan pertama untuk tahun 2024 ini.

Corak menaik harga sederhana sedang dipaparkan harga sejak pertengahan Februari lalu, dan jika US dolar kekal melemah pada minggu ini, kenaikan lebih tinggi mampu diteruskan.

Pelabur menantikan terbitan data indeks perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) minggu ini untuk petunjuk dasar monetari Federal Reserve (Fed) selain akan memacu pergerakan US dolar.

Sementara Pound pula akan mengikuti jejak US dolar ketika kekurangan data-data ekonomi UK yang menjadi tumpuan.

Harga pada carta GBP/USD ditutup sekitar paras 1.26700 pada sesi terakhir minggu lalu selepas pengunduran dari paras rintangan 1.27000 yang diuji.

Pergerakan harga pada pembukaan awal minggu ini perlahan berlegar di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu untuk pelabur dapatkan petunjuk bagi pergerakan lanjut harga.

Sekiranya kenaikan harga berlaku, harga akan sekali lagi menguji rintangan 1.27000 untuk ditembusi minggu ini.

Jika berjaya dilepasi, kenaikan harga akan catatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran untuk menuju zon 1.28000.

Sementara, jika penurunan harga berlaku pula, paras tumpuan terhampir dilihat pada 1.26000 yang berkemungkinan akan mengundang reaksi harga.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan bakal menuju ke paras yang dicecah pada minggu sebelum ini sekitar 1.25400 atau ke zon support 1.25000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat