Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu semalam, corak yang dipaparkan dilihat masih lagi belum menunjukkan arah yang jelas.
Kenaikan harga yang dipaparkan pada sesi Asia semalam gagal untuk melepasi paras rintangan pada 1.30000, sebelum harga kembali berundur turun semula.
US dolar didagangkan bercampur-campur dengan pengukuhan berjaya dipaparkan di sesi New York selepas penyusutan pada sesi-sesi sebelumnya.
Kecelaruan dalam pasaran sememangnya telah dijangkakan oleh pelabur pada minggu ini menantikan acara pilihan raya presiden di Amerika Syarikat (AS) yang bakal bermula pada malam ini.
Situasi tak menentu dijangkakan berlarutan sehingga ke penghujung minggu dengan tumpuan berikutnya akan beralih pula kepada keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Jumaat nanti.
Sementara untuk Pound, keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) akan diberi tumpuan pada Khamis dengan jangkaan pemotongan 25 mata asas kadar faedah akan dilaksanakan.
Sekiranya tekanan semakin meninggi buat Pound, harga boleh susut lebih rendah menghampiri paras 1.2900 terlebih dahulu dan pelabur akan meneliti reaksi harga yang bakal dipamerkan.
Terjunan lanjut harga yang diteruskan menjangkakan harga untuk catatkan paras terendah terbaru mengatasi paras 1.28500 yang dicecah minggu lalu.
Namun jika sebaliknya harga melonjak naik melepasi rintangan 1.30000 yang gagal ditembusi sebelum ini, akan memberi isyarat untuk pergerakan bullish harga.
Kenaikan lebih tinggi disasarkan untuk menuju sekitar 1.31000 sebelum diteruskan ke paras tumpuan berikutnya.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK