GBP/USD Masih Tersekat Di Bawah Rintangan $1.3920

285

Prestasi mata wang Pound Sterling sejak awal minggu kekal suram sehingga semalam ekoran dibayangi ketidaktentuan Brexit yang kembali menjadi perhatian pasaran.

Sementara perkembangan pemulihan ekonomi di UK semakin positif apabila langkah pembukaan semula ekonomi diteruskan dengan laporan 50% populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin Covid19.

Namun, faktor tersebut belum cukup untuk melonjakkan dagangan Pound pada minggu ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat mendatar di bawah paras 1.39200 selepas menguji paras rintangan tersebut 2 hari berturut-turut namun masih gagal melepasinya.

US dolar dilihat sedikit mengukuh pada sesi Asia pagi ini selepas data tinjauan keyakinan pengguna AS meningkat ke paras tertinggi 14 bulan. Hasil perbendaharaan AS juga turut meningkat melepasi paras 1.60%.

Namun peningkatan US dolar dilihat terhad berikutan pelabur berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC dan data GDP AS untuk suku pertama 2021 yang akan diterbitkan pada Khamis.

Faktor yang bercampur-campur bagi kedua-dua mata wang ini telah mendorong pergerakan harga lebih mendatar.

Sekiranya harga berjaya lepasi rintangan 1.39200, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga kembali menuju semula ke paras rintangan 1.4000.

Seterusnya harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru 9 minggu berkemungkinan menuju paras sekitar 1.4100.

Namun, jika harga buat penurunan pula, zon RBS (resistance become support) 1.38000 akan kembali diuji sekali lagi seperti minggu lalu.

Penurunan lebih rendah harga pada trend bearish dilihat bakal menuju zon support pada 1.37000 yang menyokong harga daripada jatuh lebih rendah pada dagangan Mac dan April.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat