GBP/USD Melonjak 100 Pips, Bakal Teruskan Kenaikan Minggu Ini?

556

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan lonjakan 100 pips pada Jumaat lalu untuk catatkan paras tertinggi minggu tersebut susulan faktor penyusutan semula US dolar.

Pengukuhan US dolar pada Khamis sebelumnya gagal dikekalkan apabila kenyataan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di persidangan ekonomi Jackson Hole di penghujung minggu disampaikan bernada dovish.

Situasi ini telah kembali mendorong kenaikan semula harga pada carta GBP/USD walaupun ketiadaan faktor yang kukuh menyokong mata wang Pound dalam tempoh terdekat ini.

Harga dilihat kembali melonjak dari paras 1.36800 melepasi semula 1.37000 dan mencapai paras ketinggian sekitar 1.37800 di penghujung sesi dagangan minggu lalu.

Lonjakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut memberi isyarat untuk pergerakan bullish harga semula.

Namun pelabur akan lebih berwaspada untuk dagangan US dolar pada minggu ini menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada Jumaat.

Kenaikan harga dilihat akan menguji zon SBR (support become resistance) 1.38000 dan reaksi harga pada zon tersebut akan dinilai pelabur untuk petunjuk arah pergerakan selanjutnya.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut dijangka menuju pula ke zon rintangan pada 1.39000 yang juga menjadi zon penting harga sejak dagangan Julai lalu.

Sementara jika harga kembali menjunam semula pada minggu ini, zon 1.37000 akan kembali diuji sebagai paras sokongan buat harga.

Penurunan lebih rendah mendorong jangkaan harga untuk susut semula ke zon support utama sebelum ini pada 1.36000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat