GBP/USD Melonjak Lagi 150 Pips Di Awal Minggu

488

Pasangan mata wang GBP/USD mengejutkan para pelabur apabila harga melonjak lebih tinggi pada dagangan awal minggu ini.

Prestasi lemah US dolar yang dijangka akan berterusan pada minggu ini selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) mengecewakan, telah mendorong lonjakan awal sekitar 100 pips pada Jumaat lalu.

Namun, harga terus meningkat lebih tinggi di awal minggu apabila Pound Sterling berjaya mengukuh walaupun berdepan risiko selepas pilihan raya Scotland di hujung minggu.

Parti SNP yang memenangi pilihanraya dijangka akan mengadakan referendum baru dan situasi tersebut sebelum ini dilihat akan merisikokan dagangan Pound Sterling.

Namun, Perdana Menteri UK Boris Johnson muncul penyelamat apabila mengumumkan pelonggaran sekatan pergerakan di UK pada minggu hadapan.

Ketua pegawai perubahan UK juga turut bersetuju menurunkan amaran Covid-19 kepada tahap lebih rendah. Ini terus menyokong faktor pemulihan ekonomi di UK.

Ekoran itu, harga pada carta GBP/USD yang menembusi rintangan 1.4000 telah berjaya melonjak 150 pips semalam sehingga ke paras ketinggian 1.41500.

Jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju pula ke paras 1.42000 yang merupakan zon rintangan harga diuji pada Februari lalu.

Namun, pelabur tetap perlu berwaspada untuk situasi penurunan semula harga sekiranya dagangan Pound kembali berisiko dan gagal mengekalkan momentum pengukuhan.

Zon RBS (resistance become support) 1.40000 dilihat akan menjadi paras utama menyokong daripada kejatuhan harga lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat