Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pamer lonjakan hingga 120 pips ketika reaksi pasaran terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat lalu.
Pertambahan pekerjaan pada bulan Jun di AS merosot kepada 209,000 yang merupakan peningkatan paling perlahan sejak tempoh lebih 2 tahun.
Ini telah menyebabkan mata wang US dolar alami penyusutan yang ketara pada dagangan sesi terakhir minggu lalu.
Pound manfaatkan peluang untuk meningkat semula selain menantikan data pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi UK pada minggu ini. Data inflasi AS juga turut menjadi tumpuan utama.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-nfp-lemah-bye-usd-10-7
Pada carta GBP/USD, pergerakan harga bermula perlahan dari sesi Asia dan Eropah pada Jumaat tersebut, namun pelabur telah berwaspada dengan pergerakan harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sebagai petunjuk awal trend bullish.
Seterusnya, kenaikan jelas dipaparkan pada sesi New York sehingga harga mencapai ketinggian pada 1.28500 sebelum perlahan menutup dagangan sesi terakhir itu di sekitar tersebut.
Zon ketinggian yang dicapai tersebut dilihat menguji rintangan sebelum ini, ketika harga mencatatkan rekod tertinggi harga sejak April 2022.
Pergerakan harga perlahan pada pembukaan awal minggu ini dengan corak menurun di sesi Asia pagi ini.
Namun dengan momentum minggu lalu, harga masih berpotensi untuk melanjutkan lagi kenaikan menuju pula sasaran 1.29000 dengan memecah rekod ketinggian yang dicapai pada Jun lalu.
Sekiranya kenaikan diteruskan, harga boleh mencapai hingga ke paras ketinggian sekitar 1.30000.
Sementara, jika harga menunjukkan corak yang berbeza pada minggu ini, penurunan boleh dijangkakan menghampiri semula paras sokongan pada 1.27000.
Setelah isyarat perubahan trend bearish dinilai, harga akan disasarkan ke zon support sebelum ini pada 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG