GBP/USD Melonjak Tembus $1.4000, Namun Pelabur Perlu Waspada!

664

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD meneruskan kenaikan harga pada pembukaan pasaran minggu ini untuk mengekalkan momentum lonjakan harga pada Jumaat lalu selepas reaksi pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Bacaan laporan yang jauh mengecewakan berbanding jangkaan telah menyaksikan US dolar susut ketara membuka lebih luas jalan untuk mata wang utama lain meningkat termasuk Pound.

Harga telah melonjak dari paras 1.38900 sehingga ke paras sasaran 1.40000 yang merupakan zon rintangan yang gagal ditembusi setelah diuji sejak awal Mac lalu.

Sesi Asia pagi ini melihatkan harga telah bergerak meneruskan kenaikan lebih tinggi di atas paras rintangan 1.40000 tersebut dan setakat awal pembukaan sesi Eropah, harga telah capai ke paras sekitar 1.40500.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan untuk menuju ke paras ketinggian 1.41000 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 bulan.

Namun pelabur perlu berwaspada untuk situasi kejatuhan nilai Pound pada minggu ini berikutan kebimbangan pasaran selepas pilihanraya Scotland.

Kemenangan berpihak kepada parti SNP yang sebelum ini berjanji untuk mengadakan referendum baru dan situasi tersebut bakal menambahkan tekanan terhadap dagangan Pound Sterling.

Selain itu juga, faktor ketidaktentuan Brexit juga dilihat akan menjadikan Pound antara mata wang berisiko pada minggu ini.

Berkemungkinan pelabur akan menyaksikan harga menjunam semula di bawah paras 1.40000 dan kembali semula ke paras lonjakan pada Jumaat lalu.

Untuk trend bearish harga semula, zon RBS (resistance become support) pada 1.38000 akan menjadi sasaran utama yang akan diuji semula oleh harga.

Data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku pertama yang akan diterbitkan pada minggu ini turut menjadi tumpuan yang akan mempengaruhi pergerakan Pound.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat