GBP/USD Mendatar Atas $1.2400, Data Inflasi UK Dinantikan

131

Corak pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada minggu ini mula perlahan berbanding penurunan drastik yang dipamerkan minggu lalu.

Beberapa data ekonomi UK diperhatikan pelabur minggu ini termasuk laporan pekerjaan di sesi Eropah semalam.

Hari ini, data inflasi UK pula akan diperhatikan yang menjadi indikator penting kepada bank pusat England dalam menetapkan hala tuju dasar monetari mereka.

Sementara, faktor-faktor semasa dalam pasaran yang terus memihak kepada US dolar akan menambahkan tekanan buat Pound.

Pada carta GBP/USD, trend masih kekal bearish dengan penurunan harga berterusan sejak minggu lalu, namun momentum mulai pudar dari awal minggu ini.

Pergerakan harga mendatar di bawah halangan paras 1.25000 dan sehingga semalam dilihat berlegar di atas zon 1.24000.

Garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut diuji tetapi tidak dilepasi, mencadangkan pergerakan menurun harga akan berterusan.

Sekiranya penurunan harga dilanjutkan, sokongan di paras 1.24000 berkemungkinan akan ditembusi untuk harga catatkan paras terendah terbaru.

Sasaran selanjutnya harga adalah untuk menuju paras tumpuan berikutnya berada pada 1.23000.

Namun, lonjakan harga tidak mustahil untuk berlaku melepasi halangan MA50 sebelum harga sekali lagi akan menguji rintangan pada 1.25000 seperti di awal minggu.

Kenaikan lebih tinggi melepasi paras itu akan memberi isyarat perubahan trend sebelum kenaikan boleh mencapai sehingga ke paras-paras terdahulu seperti pada 1.26000 atau 1.27000.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat