GBP/USD Meningkat Di Awal Minggu, Tumpuan Terarah Pada Rundingan Di Belarus

415

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu ini lebih mendatar berbanding penghujung minggu lalu yang lebih agresif.

Kebimbangan pelabur terhadap krisis perang Rusia dan Ukraine sedikit diredakan dengan rundingan yang berlangsung di Belarus semalam. Masih tiada kata putus, rundingan bakal bersambung lagi pada hari ini.

Justeru, pergerakan pasaran juga berehat sebentar selepas memaparkan pergerakan agresif pada minggu lalu ekoran perang yang tercetus.

Tekanan US dolar terhadap mata wang utama sebelum ini juga mula melonggar di awal minggu memberi ruang untuk kebanyakan mata wang utama lain sedikit pulih dari kerugian sebelum ini.

Seperti Euro, mata wang Pound juga berjaya didagangkan meningkat berbanding US dolar pada pembukaan pasaran awal minggu semalam.

Pada carta GBP/USD, harga telah meningkat 100 pips ke paras sekitar 1.34300 pada sesi New York semalam selepas harga pada mulanya dibuka rendah pada sesi Asia sekitar 1.33200.

Pelabur sudah mula berjaga-jaga untuk isyarat perubahan trend selepas kenaikan harga di atas paras 1.34000 turut melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Sekiranya kenaikan harga masih diteruskan hari ini, paras rintangan yang menjadi sasaran untuk diuji harga adalah 1.35000 pada zon SBR (support become resistance).

Untuk kenaikan lebih tinggi pada trend bullish, harga berkemungkinan akan cuba melepasi pula paras 1.35700 untuk menuju zon rintangan pada 1.36500.

Sebaliknya jika krisis perang Rusia-Ukraine kembali hangat semula, harga dijangka untuk menyambung kembali penurunan seperti minggu lalu.

Melepasi paras 1.33000 akan mendorong penurunan lebih rendah harga berkemungkinan mencecah sehingga zon support pada 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat