GBP/USD Menjunam 200 Pips!

740

Pelabur semakin resah apabila amaran oleh bank pusat telah menyaksikan kejatuhan ketara bagi nilai Pound Sterling lebih-lebih lagi pada sesi New York semalam.

Timbalan Gabenor bank pusat England (BOE) sebelum ini menyatakan bahawa kenaikan nilai mata wang Britain itu yang terlalu tinggi akan memberi kesan yang tidak sihat kepada kadar inflasi.

Ditambah dengan pengukuhan semula US dolar, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD nyata memberikan debaran kepada pelabur apabila harga telah menjunam 200 pips.

Kenaikan harga yang gagal mencapai semula ke paras rintangan mingguan 1.42000 yang juga merupakan paras tertinggi sejak April 2018 itu, memperlihatkan harga menjunam semula sehingga ke paras 1.4000.

Bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat, harga susut lebih rendah namun momentum pengukuhan US dolar perlahan semula. Dijangka pergerakan harga akan lebih agresif semula pada sesi Eropah dan New York sebelum dagangan minggu ini berakhir.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju semula ke zon RBS (resistance become support) pada 1.38600-1.38300.

Namun sekiranya berlaku kenaikan semula harga, paras tumpuan yang dilihat akan diuji sebagai paras rintangan adalah pada 1.41000 sebelum menuju semula ke paras 1.42000.

Ketua Pegawai Kesihatan UK telah mencadangkan supaya paras amaran Coronavirus direndahkan berikutan tekanan terhadap sistem kesihatan yang semakin menurun.

Perkembangan baik pada ekonomi UK boleh menyokong semula peningkatan bagi nilai Pound Sterling daripda terus mengalami kejatuhan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat