GBP/USD Menjunam Dahulu Sebelum Melonjak 120 pips!

779

Pedagang mata wang Pound pasti teruja dengan pergerakan harga di awal minggu ini. Namun, tidak kurang juga yang kecundang dengan pergerakan agak besar harga yang kekal dipengaruhi faktor Brexit.

Jika diperhatikan harga pada carta pasangan GBP/USD, harga telah berjaya membuat kenaikan semalam mencapai paras ketinggian pada 1.34000 pada awalnya.

Namun, harga telah menjunam semula sekitar 80 pips selepas menguji zon resistance tersebut.

Memberikan debaran buat pelabur, harga kemudiannya kembali melonjak semula 120 pips pada sesi New York sehingga melepasi resistance 1.34000.

Paras ketinggian terbaru dicapai pada sekitar 1.34400 sebelum harga mendatar dan menutup dagangan di sekitar bawah paras tersebut.

Pada perkembangan Brexit, lonjakan semula Pound didorong oleh jangkaan untuk rundingan di antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) hampir berada pada fasa terakhir. Persetujuan perjanjian dijangka diumumkan pada penghujung minggu ini.

Dengan tambahan faktor penyusutan US dolar turut menambah sokongan buat harga meneruskan kenaikan ke paras ketinggian terbaru.

Kenaikan seterusnya berkemungkinan akan menuju zon resistance pada 1.35000 yang diuji pada awal September lalu.

Namun, pelabur perlu berwaspada sekiranya harga turun di bawah paras 1.34000 pada zon RBS (resistance become support) yang boleh memberi isyarat awal penurunan harga.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan kembali semula ke zon RBS lebih rendah sebelum ini pada 1.33000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat