GBP/USD Mulakan Dagangan Awal Minggu Dengan Terjunan 100 Pips

193

Selepas pelabur memberi tumpuan terhadap ucapan oleh Gabenor bank pusat England (BOE), Andrew Bailey semalam, Pound dilihat paparkan penyusutan dan bergerak lemah sehingga penghujung sesi New York.

Pelabur menilai ucapan Andrew Bailey lebih bernada dovish selepas memberi amaran terhadap ketidaktentuan pasaran komoditi dan risiko kestabilan kewangan. Beliau juga memaklumkan risiko terhadap kadar inflasi.

Kegusaran tersebut telah diterjemahkan dalam pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dengan mempamerkan penurunan harga untuk pembukaan pasaran awal minggu semalam.

Setelah harga telah mula susut pada sesi Asia di bawah paras 1.31700, penurunan harga telah bersambung ke sesi New York di bawah paras 1.31000 dengan penurunan harian lebih 100 pips dicatatkan.

Harga memberi petunjuk untuk bergerak semula dalam trend bearish yang kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa), harga berlegar lemah di sekitar paras 1.31000 yang kini menjadi paras rintangan terbaru buat harga.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan pelabur untuk harga menuju ke zon support utama 1.3000 yang telah diuji pada pertengahan Mac lalu.

Namun, pelabur tidak menolak untuk kemungkinan Pound melonjakkan semula harga pada carta ekoran faktor fundamental bank pusat yang dalam fasa pengetatan dasar monetari setelah 2 kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Jika harga berjaya meningkat semula, zon 1.31700-1.32000 akan menjadi zon penting untuk kembali diuji harga dahulu.

Melepasi rintangan pada zon tersebut seterusnya akan mendorong kenaikan harga menuju semula zon rintangan 1.33000 yang gagal ditembusi ketika diuji minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat