GBP/USD Naik Semula 100 Pips Selepas Gagal Tembus Support $1.3100

330

Penyusutan semula US dolar menuju ke penghujung minggu ini turut memberi ruang untuk mata wang Pound sedikit meningkat dalam pasaran.

Sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini diredakan dengan harapan untuk Ukraine dan Rusia mengadakan rundingan diplomatik dengan Menteri Luar kedua-dua negara akan bertemu di Turki.

Seperti yang diteliti pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang GBP/USD, trend bearish yang bersambung pada minggu lalu dilihat gagal diteruskan pada minggu ini.

Selepas penurunan harga mencecah paras support terbaru pada 1.31000 di awal minggu ini, harga gagal mengekalkan momentum penurunan tersebut dan mendatar pada dagangan Selasa di atas paras tersebut.

Seterusnya pada dagangan Rabu semalam, harga mula membuat kenaikan dan memberi isyarat untuk perubahan trend bullish selepas melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Kenaikan harian sekitar 100 pips dicatatkan semalam untuk harga kembali berlegar sekitar zon 1.32000 yang menjadi zon rintangan terbaru buat pergerakan semasa harga.

Walaupun harga sedikit susut dari zon tersebut pada pembukaan sesi Asia pagi ini, kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan untuk harga meneruskan pergerakan dalam trend bullish pula.

Kenaikan melepasi paras 1.32000 dilihat akan kembali menuju zon SBR (support become resistance) pada 1.33000 selepas penurunan harga minggu lalu berjaya tembusi zon tersebut.

Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi, zon SBR 1.34000 pula akan diuji selepas menjadi rintangan penting harga minggu lalu.

Namun, waspada sekiranya US dolar berjaya mengukuh semula dan menekan harga lebih rendah menuju kembali paras support 1.31000.

Penurunan harga yang berjaya melepasi support tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru dengan sasaran untuk menuju paras sekitar 1.3000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat