Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih dalam keadaan mendatar dari awal minggu ini dengan data-data ekonomi penting sedang menjadi tumpuan.
Pound alami penyusutan pada dagangan Selasa semalam selepas pelabur meneliti laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan di sesi Eropah.
Walaupun indeks purata gaji catat peratusan meningkat, namun kadar pengangguran menepati ramalan meningkat kepada 4.3% daripada 4.2%.
Sesi Eropah hari ini pula akan memberi perhatian kepada data pertumbuhan ekonomi UK yang akan diterbitkan dengan jangkaan penguncupan bagi pertumbuhan bulanan pada Julai.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-debaran-cpi-as-usd-gelisah-139#t=0:00
Penurunan harga pada carta GBP/USD semalam hingga ke sekitar 1.24600 telah melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat untuk pelabur bersedia bagi kejatuhan lebih rendah yang boleh berlaku.
Menutup dagangan penghujung sesi New York dengan melantun semula, harga kemudian mendatar di bawah paras 1.25000 menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini.
Sekiranya harga gagal lepasi 1.25000 dan melantun turun semula, harga boleh mencecah hingga ke sekitar 1.24000 untuk catatkan paras terendah terbaru 3 bulan.
Jika dilanjutkan lebih rendah lagi, sasaran akan beralih ke paras 1.23000 pula.
Namun jika harga membuat kenaikan di atas paras 1.25000, harga bakal mengatasi ketinggian awal minggu sebelum harga menuju ke paras rintangan 1.26000.
Setelah isyarat perubahan trend bullish yang lebih jelas, harga yang meneruskan kenaikan menembusi rintangan 1.26000 seterusnya akan mensasarkan pula ke paras 1.27000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG