GBP/USD Papar Corak Penurunan Harga, Apa Jangkaan Menjelang Mesyuarat BOE & FOMC?

125

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Selasa semalam memaparkan corak penurunan harian sekitar 80 pips.

US dolar yang memaparkan pengukuhan di sesi Eropah dilihat menekan harga untuk menyambung penurunan selepas dagangan hari sebelumnya gagal melepasi rintangan paras 1.24000.

Penurunan tersebut walau bagaimanapun tidak diteruskan pada sesi New York berikutan US dolar kembali didagangkan melemah semula.

Harga tidak susut lebih rendah di bawah zon 1.23000 yang menjadi sokongan semasa buat harga sehinggalah dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).

Kedua-dua mata wang US dolar dan Pound terus didagangkan tak menentu ketika pasaran menantikan keputusan mesyuarat oleh Federal Reserve (Fed) dan juga Bank of England (BOE) pada Khamis esok.

Buat waktu ini, pergerakan harga masih memberi isyarat bearish dengan bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut sementara petunjuk lebih jelas masih dinantikan.

Sekiranya penurunan diteruskan melepasi paras sokongan semasa pada 1.23000, trend bearish harga akan diteruskan melihatkan harga susut lebih rendah berkemungkinan menuju ke sekitar 1.22000 pula.

Penurunan boleh mencecah sehingga ke 1.21000 sekiranya US dolar pamerkan pengukuhan yang lebih bertenaga.

Namun jika menepati jangkaan pasaran sebelum ini dan melihatkan US dolar melemah, harga bakal melantun semula dari zon 1.23000 dan melepasi halangan MA50 sebelum isyarat pertukaran trend.

Kenaikan diteruskan bakal menguji zon rintangan 1.24000 yang menjadi tumpuan sepanjang dagangan minggu lalu.

Melepasi zon tersebut akan catatkan paras ketinggian terbaru 8 bulan dengan sasaran seterusnya adalah untuk mencapai sekitar 1.25000.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat