GBP/USD Perlahan! Mampukah Zon $1.3200 Sokong Semula Kenaikan Harga?

372

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD yang pada mulanya seakan ingin terus merudum pada sesi Eropah Khamis semalam, kembali melonjak semula selepas mencecah paras terendah harian pada 1.31700.

Yakni yang mana kenaikan harga itu juga dilihat bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat) untuk sekali lagi menguji trendline resistance dan kekal berlegar pada paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

Namun pergerakan harga berkenaan masih lagi tidak berupaya dalam menjejaskan bentuk descending triangle yang diperhatikan di rangka masa 1 jam untuk membawa maksud kepada isyarat downtrend.

Prospek keyakinan pelabur yang semakin berkurang terhadap Bank of England (BOE) untuk membuat kenaikan kadar faedah lebih segera tampaknya sedikit tergugat dek angkara kemelut wabak Omicron yang melanda UK.

Asbab kebimbangan tersebut juga menyebabkan matawang Pound agak terbeban yang turut dihantui oleh langkah lockdown yang diumumkan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson di negara tersebut.

Menjadi tumpuan utama adalah terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada malam ini menjelang kepada laporan keputusan mesyuarat FOMC serta BOE yang bakal dilaksanakan pada minggu hadapan.

Sekiranya bentuk descending triangle tersebut kekal valid, sudah semestinya pelabur mungkin bakal menyaksikan harga mencuba semula paras terendah sekitar 1.31600 sebelum akan susut lebih rendah.

Penyusutan lebih drastik akan memperlihatkan pergerakan harga kembali mencecah ke zon sokongan baharu pada 1.31000 yang sama sekali bakal mengekalkan isyarat kepada corak downtrend yang jelas.

Sebaliknya trendline resistance bakal menjadi tumpuan utama pelabur untuk diperhatikan yang mana jika harga menembusi trendline itu, zon SBR (support become resistance) 1.33000 mungkin akan diuji.

Aspek itu juga sama sekali akan menjadi sokongan kepada pelabur untuk melihat harga menampilkan isyarat awal kepada perubahan trend yang kebarangkalian akan mampu mendaki ke zon SBR 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat