Kenaikan harian sekitar 100 pips dicatatkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam susulan situasi penyusutan US dolar kekal berlarutan.
Ketara US dolar melemah di sesi New York semalam, data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan angka yang positif meningkat gagal memberi sokongan.
Ini adalah disebabkan pasaran memberi tumpuan terhadap kenyataan bernada dovish oleh gabenor Federal Reserve (Fed) Christopher Waller yang melihat keperluan untuk bank pusat menurunkan kadar faedah dalam beberapa bulan yang akan datang.
Apabila Waller yang dikenali sebagai hawkish mula memberi pandangan sedemikian, pasaran melihat faktor tambahan yang menyokong kecenderungan untuk Fed semakin beralih ke arah fasa pelonggaran, sekaligus membuatkan US dolar kekal lemah.
Pound mengambil kesempatan yang terhidang ini untuk melonjakkan nilainya ke paras tertinggi terbaru 3 bulan.
Meneliti carta GBP/USD, harga yang berlegar di atas paras 1.26000 telah melonjak hingga ke paras sasaran tumpuan 1.27000 di sesi New York.
Namun, harga menunjukkan reaksi menguji rintangan tersebut dan mendatar di sekitarnya sehingga sesi dagangan berakhir.
Pergerakan harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang mencadangkan trend masih bullish.
Harga berlegar perlahan di atas 1.27000 di sesi Asia pagi ini (Rabu), dengan jangkaan kenaikan bakal diteruskan lagi ke paras ketinggian terbaru.
Sasaran selanjutnya harga dilihat berada pada zon 1.28000 yang berkemungkinan akan menjadi zon rintangan terbaru untuk diuji.
Jika tiada perubahan pada situasi semasa pasaran dan corak pergerakan US dolar, kenaikan harga akan terus dijangkakan.
Namun jika situasi berubah dalam pasaran, penurunan harga berkemungkinan akan diperlihatkan semula setelah harga terjun dari ketinggian 1.27000.
Penurunan harga akan menuju paras 1.26000 sebelum lanjutan kejatuhan yang lebih parah bakal mencecah sekitar 1.25000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG