Corak penurunan harga diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada awal minggu semalam, menyusuli penurunan yang berlaku pada penghujung minggu lalu.
Harga dilihat menguji paras 1.27000 namun tidak berjaya mengatasinya sebelum penurunan diteruskan lebih rendah pada sesi Eropah dan New York semalam ke paras 1.26300.
US dolar masih tersisa momentum pengukuhan sesi-sesi akhir minggu lalu, namun momentumnya dilihat perlahan.
Sementara Pound semakin merosot ketika pasaran menjangkakan inflasi di UK akan semakin menurun ketika data diterbitkan pada Rabu.
Pergerakan harga yang terus bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD mencadangkan penurunan akan diteruskan lagi selepas ini.
Harga yang berlegar sekitar paras 1.26600 di sesi Asia pagi ini (Selasa) dijangka akan menyambung penurunan menuju paras 1.26000 sebelum memberi reaksi untuk petunjuk pergerakan seterusnya.
Jika harga tembus lebih rendah, ini akan menandakan pergerakan bearish akan berterusan lagi untuk mencecah semula zon support utama harga pada 1.25000 seperti minggu-minggu sebelum ini.
Sebaliknya jika harga menukar arah naik ke atas, halangan MA50 akan diatasi sebelum melepasi paras rintangan 1.27000 untuk isyarat pertukaran trend bullish.
Seterusnya harga akan bersedia untuk melonjak semula ke paras ketinggian yang dicapai minggu lalu berhampiran zon 1.28000.
Jika kenaikan kukuh harga berlaku, paras ketinggian terbaru mampu dicatatkan lagi harga sebelum sasaran seterusnya akan beralih pada 1.29000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG