Carta pasangan mata wang GBP/USD pada Jumaat lalu menunjukkan sedikit pemulihan harga semula setelah pada Khamis sebelumnya harga telah menjunam lebih 200 pips.
Situasi itu telah didorong oleh pengukuhan US dolar yang memberi reaksi kepada terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku kedua 2023 yang kukuh, menyokong langkah pengetatan dasar Federal Reserve (Fed) untuk diteruskan lagi.
Bagi dagangan Pound, pelabur akan berhati-hati di awal minggu ini sementara menunggu keputusan mesyuarat polisi bank pusat England pada Khamis nanti.
Bank of England (BOE) dijangka untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras terbaru pada 5.25%.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-apa-jadi-usd-yen-317#t=0:06
Harga pada carta GBP/USD yang mencecah paras terendah sekitar 1.27700 minggu lalu telah kembali melantun semula dan hampir menyentuh kembali paras 1.29000.
Namun harga terhalang oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang mengekang kenaikan lebih tinggi harga untuk memberi isyarat yang masih bearish.
Pergerakan harga mendatar pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Isnin) sekitar 1.28500 sambil menguji halangan MA50.
Sekiranya kejatuhan harga berlaku lagi, paras terendah dicecah minggu lalu akan cuba untuk diatasi harga sebelum mencatatkan paras terendah yang terbaru.
Paras 1.27000 akan jadi sasaran seterusnya untuk diuji dan jika paras tersebut juga berjaya dilepasi, harga bakal menuju ke sekitar 1.26000.
Sementara, jika harga melonjak melepasi paras penting 1.29000, harga bakal menuju semula paras 1.30000 yang menjadi rintangan buat harga minggu lalu.
Melepasi rintangan itu akan mendorong kenaikan diteruskan ke paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.31000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG