GBP/USD – Setelah Capai Paras Tertinggi 8 Minggu, Harga Terjun 100 Pips!

209

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD mula menunjukkan corak penurunan pada dagangan penutup penghujung minggu lalu.

Penganalisis melihat aktiviti profit taking berlaku ke atas dagangan US dolar pada Jumaat tersebut setelah menyaksikan raja mata wang itu alami kerugian selama 5 minggu berturut-turut.

Situasi pengukuhan US dolar ini dijangka bersifat sementara, namun pengukuhan masih lagi diteruskan pada dagangan yang bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi Isnin ini.

Jika US dolar kembali bergerak lemah semula, Pound akan mengambil peluang untuk meningkat dalam pasaran.

Dengan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) bakal memperlahankan lagi dasar monetari, data-data ekonomi penting akan diperhatikan minggu ini dengan tumpuan utama terarah pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat nanti.

Jika diperhatikan pada carta GBP/USD, harga telah menguji rintangan penting pada ketinggian 1.24000 iaitu paras tertinggi dicapai 8 minggu, namun gagal menembusi paras yang lebih tinggi pada pergerakan harga Jumaat lalu.

Penurunan telah dipaparkan menyaksikan harga susut sehingga ke sekitar 1.23000 semula pada dagangan yang bersambung di awal minggu ini.

Harga juga telah bergerak turun di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut memberi indikasi awal bagi permulaan pergerakan bearish.

Sekiranya US dolar masih berdaya menekan harga untuk jatuh lebih rendah di bawah paras 1.23000, penurunan dilihat akan mencecah kembali zon RBS (resistance become support) pada 1.22000.

Reaksi harga akan diperhatikan, jika melantun, berkemungkinan harga akan kembali meneruskan kenaikan semula. Jika tidak, harga tembus lebih rendah menunjukkan isyarat bearish lebih jelas.

Sementara, sekiranya US dolar kembali didagangkan lemah semula, harga akan berpatah arah membuat kenaikan menyambung corak dagangan minggu-minggu sebelum ini.

Rintangan 1.24000 jika berjaya diatasi akan menjangkakan kenaikan ke paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan menuju 1.25000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat