Carta harga pasangan mata wang GBP/USD melanjutkan penurunan ke paras terendah terbaru ketika Pound terus menerima asakan pengukuhan berterusan US dolar.
Sokongan tambahan diterima US dolar ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan di sesi New York semalam dengan angka Oktober tepati ramalan untuk meningkat.
Pound alami tekanan apabila tercetus kebimbangan terhadap pasaran buruh apabila laporan pekerjaan UK yang diterbitkan pada Selasa menyaksikan kadar pengangguran yang meningkat kepada 4.3%.
Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK akan diteliti pula pada Jumaat, namun tumpuan pasaran pada hari ini akan terarah dahulu kepada data indeks harga pengeluar (PPI) AS di sesi New York malam nanti.
Pelabur telah menyaksikan kejatuhan harga pada carta GBP/USD diteruskan pada Rabu semalam mencecah paras sasaran 1.27000.
Harga catatkan paras terendah terbaru 3 bulan dan corak penurunan tersebut dilihat masih diteruskan lagi pada hari ini (Khamis).
Pergerakan harga kekal pada trend bearish yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu, menjangkakan penurunan menuju sasaran terbaru pada 1.26000.
Namun, jika berlaku perubahan arah pergerakan harga semula, kenaikan harga akan dilihat melepasi halangan MA50 sebelum memberi isyarat pertukaran trend.
Melepasi zon 1.28000 akan mendorong kenaikan lebih tinggi buat harga untuk kembali ke paras tumpuan sebelum ini seperti 1.29000 atau pada rintangan 1.3000 yang diuji minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK