GBP/USD Sudah Munculkan Isyarat Penurunan Harga?

532

Suasana pasaran yang tidak menentu ekoran krisis Rusia dan Ukraine yang berlarutan kekal membuatkan pelabur berwaspada dengan pergerakan harga dalam pasaran kewangan.

US dolar dijangka akan terus menjadi perhatian sehingga ke penghujung minggu ini dan diramalkan untuk mengukuh sekiranya ketegangan krisis geopolitik gagal dileraikan.

Dalam perkembangan semalam, selepas dilaporkan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan sekatan ke atas Rusia, tidak terkecuali UK juga turut melaksanakan sekatan ekonomi dengan mensasarkan beberapa bank Rusia.

Justeru, pelabur juga berwaspada dengan tekanan yang bakal dihadapi oleh UK sehingga mendorong penurunan nilai Pound sehingga sesi Eropah semalam.

Namun Pound berjaya pamerkan lonjakan pada sesi New York susulan kenyataan positif oleh Timbalan Gabenor bank pusat England (BOE) berkenaan dasar monetari mereka.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, penurunan harga semalam dilihat mencecah paras sekitar 1.35400 sebelum kembali membuat lonjakan sekitar 60 pips pada sesi New York.

Kenaikan harga sekitar 1.36600 turut menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi petunjuk pergerakan bearish sekiranya harga kekal gagal melepasinya.

Jika harga menyambung semula penurunan, paras sokongan 1.35000 akan kembali menjadi tumpuan untuk harga menguji semula zon RBS (resistance become support) tersebut.

Untuk penurunan lebih rendah melepasi zon RBS itu, paras sasaran harga adalah pada sekitar 1.34000 untuk pergerakan trend bearish yang lebih jelas pada carta GBP/USD.

Sebaliknya jika situasi berubah dan harga membuat kenaikan pula, zon rintangan pada 1.36400-1.36500 bakal diuji sekali lagi selepas beberapa minggu harga gagal memembusinya.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan akan mendorong harga untuk menguji pula paras sekitar 1.37400 yang telah dicapai pada dagangan Januari lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat